my stereo



past
Memories:
August 2010
December 2010
January 2011
March 2011
December 2011
May 2012

May 29, 2012 | 8:04 AM

Kebaikan & Keburukan Internet
   Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi . Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France 98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

   Perkembangan dunia internet telah memajukan bidang pendidikan . Kini terdapat unversiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya . Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak malumat . Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. 

   Selain itu, internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan internet dalam dua cara . Pertama, memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Kedua, mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil internet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

   Internet juga telah menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

   Namun demikian, disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Internet boleh digunakan sebagai medium penyebaran dakyah jahat. Media ini telah digunakan untuk menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran Islam dan memburukkan-burukkan agama Islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat' . Medium penyebaran virus terutamanya penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang tebaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

   Internet juga menjadi medium penyebaran unsur pornografi. Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan ''porn'' pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

   Kesimpulannya, internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet , sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar mereka mempunyai asas yang kuat untuk mendisiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.


0 comment(s)


Older Post | Newer Post